Foto media sosial Anju dan Iqram.

KUALA LUMPUR – Video tular pelakon Zarina Anjoulie yang spontan mencium Iqram Dinzly kini menjadi kecaman netizen.

Menerusi video 20 saat itu, Zarina atau lebih mesra disapa Anju berdiri rapat dengan Iqram serta bertanya kepada aktor itu untuk memberikan kata-kata semangat kepada pelakon berkenaan.

Namun apa yang mengejutkan, selepas Iqram memberikan kata-kata semangat Anju bertanyakan mengapa pelakon itu sangat comel sambil memberikan ciuman di pipi Iqram.

Video tersebut ternyata mengejutkan netizen melihat aksi mesra kedua pelakon itu yang disifatkan tidak menjaga batas agama dan pergaulan walaupun bersahabat baik.

Namun ada segelintir netizen mendoakan agar mereka berdua diberikan hidayah, kembali ke jalan yang benar dan bertaubat. – MalaysiaGazette