Mayat lelaki warga emas ditemui mati

SEGAMAT – Seorang warga emas ditemukan lemas dipercayai terjatuh ke dalam sebuah tali air ketika dalam perjalanan ke kebun di Kampung Sarakek, di sini, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Segamat, Penolong Penguasa Bomba Muhd Hazim Abdul Razak berkata, mayat Gan Ai Boon, 63, ditemui di lokasi kejadian sekitar pukul 5.40 petang tadi.

“Pihak kami telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.49 petang dan setibanya di lokasi, didapati terdapat seorang mangsa lemas dipercayai terjatuh ke dalam tali air itu sejak kira-kira 3 petang semalam semasa dalam perjalanan ke kebun.

“Terdahulu, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) diarahkan untuk memakai peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap dan membuat kerja surfing surface di lokasi tersebut dengan menggunakan bot penyelamat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Segamat untuk bedah siasat.

Operasi tamat pada 5.50 petang tadi. – MalaysiaGazette