Pasukan USR MIU, Nilaibersama kanak-kanak kurang bernasib baik bawah jagaan Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Manthisar pada program Kembali ke Sekolah.

KUALA LUMPUR – Melanjutkan tradisi menyumbang melalui Program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR), pasukan USR Manipal International University (MIU) di Nilai, Negeri Sembilan  menyumbang kasut dan stokin kepada 26 kanak-kanak kurang bernasib baik.

Semua 26 kanak-kanak tersebut di bawah jagaan Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Manthisar, Jalan Temiang yang majoritinya anak-anak yatim dibawa ke kedai kasut di bandar Seremban semalam oleh pasukan USR MIU diketuai Dr. Shuhaimi Mohd Sauh.

Mereka turut diiringi Setiausaha Pertubuhan berkenaan, Puan Latha dan Pengurus Projek, Ranjitha Kumaron.

Shuhaimi dalam ucapannya melahirkan penghargaan kepada kepimpinan pertubuhan itu yang diketuai Latha atas kerjasama penuh menjayakan aktiviti tanggungjawab sosial membantu kanak-kanak kurang bernasib baik.

“Kita berharap kerjasama dan sokongan ini akan berterusan pada masa hadapan,” katanya di sini semalam.

Turut hadir, Pensyarah Kanan, Jabatan Komunikasi MIU, Mohd Shah Abdullah.

Sementara itu, Lathagembira kerana MIU terus memberikan sokongan membantu anak-anak di bawah jagaan pertubuhan itu untuk memasuki sesi persekolahan baharu dijadualkan minggu hadapan.

Menurutnya, kanak-kanak di bawah pertubuhan itu berusia antara enam hingga 21 tahun terpaksa melalui pengalaman hidup yang berbeza dengan kebanyakan kanak-kanak lain kerana kehilangan ibu dan ayah sejak kecil serta kurangnya penjagaan sempurna akibat konflik kekeluargaan.

“Ada sesetengahnya ibu atau ayah berada dalam penjara kerana sabit kesalahan melakukan jenayah pada masa lalu,” katanya.

MIU Nilai giat melakukan program tanggungjawab sosial merentasi kaum, agama dan budaya dengan fokus untuk membantu golongan kurang bernasib baik dari segi ekonomi, sosial dan pelbagai pengaruh tekanan hidup semasa. – MalaysiaGazette