Konsert 'Afgan Live in Penang' anjuran Strategy X bertempat di Setia Spice Arena, Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular Indonesia bergenre melankolik, Afgan bakal menjayakan konsert solo terbesar dalam perjalanan kariernya sebagai penyanyi yang dijadualkan berlangsung di Malaysia pada 28 Disember ini.

Bertempat di Setia Spice Arena, Pulau Pinang – konsert dikenali Afgan Live In Penang anjuran Strategy X Entertainment mampu memuatkan kapasiti penonton kira-kira 7,000 hingga 8,000 orang ini.

Penyanyi yang hit dengan lagu seperti Jodoh Pasti Bertemu dan Bukan Cinta Biasa itu berkata, konsert anjuran Strategy X Entertainment menjadi satu sejarah manis berikutan konsert teramainya sebelum ini yang hanya dihadiri 5,500 penonton.

“Konsert terbesar saya setakat ini sekitar 5,500 penonton sahaja dan itu pun di Indonesia. Jadi, konsert yang akan berlangsung di Setia Spice Arena, pukul 8 malam itu akan menjadi konsert solo terbesar sepanjang karier nyanyian saya.

“Saya sentiasa teruja untuk mengadakan konsert di Malaysia kerana tahu peminat yang hadir tidak akan pernah mengecewakan walaupun diadakan di Pulau Pinang,” katanya pada sidang media konsert itu di sini baru-baru ini.

Konsert solo terbesar dalam perjalanan karier Afgan sebagai penyanyi yang dijadualkan berlangsung di Pulau Pinang pada 28 Disember ini.

Afgan atau nama lengkap Afganshah Reza memberitahu, dia mahu membuai emosi peminatnya dengan dendangan 25 lagu hits yang menceritakan perjalanan karier seninya sepanjang 17 tahun.

Dia yang pernah memenangi trofi Artis Lelaki Terbaik, Anugerah Planet Muzik pada tahun 2009 berharap konsertnya itu akan berjaya dengan sokongan padu penganjur dan pasukannya.

Bagi Afgan, 35, meski sudah ribuan kali memenuhi undangan secara private ataupun konsert di Malaysia, dia sentiasa teruja kerana seperti menerima semangat baharu daripada peminat yang penuh tenaga.

“Saya tidak pernah jemu ke Malaysia dan apabila dilamar untuk Afgan Live In Penang 2024, saya ‘say yes’ kerana tahu peminat yang hadir tidak akan pernah mengecewakan walaupun diadakan di Pulau Pinang.

“Saya percaya di Pulau Pinang atau di Kuala Lumpur atau di mana sahaja negeri di Malaysia, peminat saya selalu crazy dan luar biasa.

“Nantikan saya 28 Disember 2024 untuk sama-sama kita ‘berbalas’ dan berbagi energi. Juga di pentas konsert ini kelak saya akan memperdengarkan karya-karya terbaharu saya,” ujar Afgan yang baru muncul dengan single, Escape duet bersama Jessi.

Sementara itu, tiket konsert Afgan Live In Penang 2024 boleh dibeli di ticket2u.com menerusi kategori Terima Kasih Cinta (RM138), Bukan Cinta Biasa (RM188), Bawalah Cintaku (RM258), Kunci Hati (RM288), Jodoh Pasti Bertemu (RM318), Untukmu Aku Bertahan (RM388). – MalaysiaGazette

Afgan pernah memenangi trofi Artis Lelaki Terbaik, Anugerah Planet Muzik pada tahun 2009.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast