KUALA LUMPUR – Rightside mendapat mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila muncul restoran makan segera pertama dibuka di negara ini yang menawarkan hidangan produk vegan sihat dan eksklusif.
Pengarah dan Pengerusi Rightside Fast Food, Zhafran Md. Yusuf berkata, kejayaan itu cukup buat bermakna kerana pihaknya baru dua tahun beroperasi dan hanya memiliki empat cawangan di Lembah Klang.
“Kami mahu memenuhi selera pelanggan yang pelbagai bukan sahaja peminat vegan malah bukan vegan dengan menawarkan hidangan berasaskan tumbuhan yang meniru rasa dan tekstur produk daging tradisional.
“Ini kerana mahu mengelak tanggapan makanan berasaskan tumbuhan sememangnya hambar.
“Namun kami memiliki pasukan ahli alkimia makanan yang berdedikasi dan sentiasa memperhalusi menu kami untuk memastikan Rightside menyediakan pilihan berkualiti tinggi untuk pelanggan kami,” katanya pada majlis pembukaan cawangan keempat Rightside di Midvalley di sini baru-baru ini.
Sempena majlis, penyampaikan Sijil MBOR diserahkan oleh Ketua Pegawai Operasinya, Jwan Heah kepada Zhafran.
Sementara itu, menu vegan sering dikaitkan dengan pemakanan diet kerana pengamalnya mengelak untuk memakan daging dan makanan daripada haiwan seperti produk tenusu dan telur.
Namun istimewanya di Rightside, semua menu dihasilkan secara homemade atau buatan sendiri bermula daripada roti, daging burger, sos mayo, keju dan pelbagai lagi secara eksklusif.
Semua menu itu berasaskan seperti sayur-sayuran, biji-bijian, kacang-kacangan dan buah-buahan atau makanan yang dibuat dari tumbuh-tumbuhan.
Mengulas lanjut, Zhafran menambah, Rightside merancang untuk membuka lima cawangan baharu lagi termasuk di luar Lembah Klang menjelang akhir tahun tahun. – MalaysiaGazette