Kieran Trippier akhirnya bersatu dengan bekas pengurusnya di Newcastle United.BBC Sport

LONDON – Pemain pertahanan Atletico Madrid, Kieran Trippier menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Newcastle United.

Pembelian mengejut kelab yang baru dua bulan lalu diambil alih sebuah firma Timur Tengah mengecewakan Manchester United yang turut mengintai khidmatnya.

Kieran menandatangani kontrak selama tiga musim bersama Magpies sehingga musim 2023/24.

“Saya teruja menyertai kelab yang hebat dalam EPL dan tidak sabar untuk beraksi depan penyokong dan mencipta kejayaan bersama.

“Saya telah menghayati karier dalam La Liga dan apabila dapat peluang kembali ke tanah air dan terima lamaran Eddie (Howe) yang merupakan bekas pengurus saya di Burnley saya tak sanggup menolak peluang ini,” kata pemain itu.

Eddie Howe dilantik sebagai pengurus Newcastle pada November lalu gembira disatukan dengan bekas pemainnya yang pernah dilatihnya semasa mengemudi Burnley. – BBC Sport.com

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast