Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan semula ke Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.

Menurut satu kenyataan daripada institut itu, pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu akan melakukan prosedur perubatan elektif.

“Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah dimasukkan ke IJN untuk prosedur perubatan elektif,” kata IJN dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut IJN, beliau tidak dibenarkan untuk menerima sebarang pelawat buat masa ini.

Pada 23 Disember lalu, bekas Perdana Menteri itu dibenar keluar IJN selepas menjalani rawatan dan pemeriksaan di institut itu dalam beberapa hari.

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 16 Disember lalu untuk menjalani pemeriksaan. – MalaysiaGazette