Riyad dan kekasihnya Taylor bernikah mengikut agama Islam hujung tahun 2021 selepas bertunang Jun lepas.foto kredit Instagram Taylor Wad

LONDON – Pemain Manchester City, Riyad Mahrez dan kekasihnya Taylor Ward melangsungkan perkahwinan secara rahsia pada hujung tahun lalu selepas telah melamarnya dengan cincin berharga £400,000.

Riyad dikatakan melamar kekasihnya semasa mereka bercuti di Mykonos, Greek.

Pasangan berkenaan telah bertunang Jun tahun lalu selepas 16 bulan bercinta.

Model berusia 23 tahun dan Riyad, 30, dilaporkan melangsungkan perkahwinan mereka secara Islam dan menandatangani kontrak untuk memastikan mereka secara sah berlegar suami isteri di sisi undang-undang lapor akhbar, The Sun.

Taylor yang merupakan seorang jurufesyen dan anak Dawn Ward dan juga Riyad telah mengucapkan ‘qubool’ sebanyak tiga kali bermakna ‘saya menerima kamu’ dalam majlis nikah tersebut.

Sumber terdekat the Sun juga melaporkan  Riyad kelahiran Algeria dan Taylor kini merupakan pasangan suami isteri yang sah di sisi undang-undang Islam.

Riyad dan kekasihnya Taylor bernikah mengikut adat Islam hujung tahun 2021 selepas bertunang Jun lepas.foto kredit Instagram Taylor Wad

“Sebagai pasangan adalah sangat penting untuk mereka berdua mengikuti dan menghormati adat dan tradisi perkahwinan agama Islam,” katanya.

Majlis nikah mereka telah diadakan secara ringkas dengan pasangan itu mengenakan pakaian nikah serba putih, kata sumber tersebut seperti dipetik Dailymail.com.

Taylor telah berkongsi gambar bulan madu mereka di Dubai dalam Instagram peribadinya.

Malah Taylor juga menerusi Instagramnya mengesahkan minggu ini mereka telah berkahwin dan sedang merancang untuk mengadakan satu lagi majlis di United Kingdom secara besar-besaran untuk memaklumkan kepada dunia mereka pasangan berkahwin yang sah mengikut undang-undang.

Riyad dan Taylor dikatakan telah membeli sebuah rumah mewah bernilai £2 juta di Chesshire tahun lalu.

Riyad sebelum ini telah mendirikan rumah tangga dengan ibu tunggal anak dua iaitu Rita Johal, 29 sebelum mereka bercerai.-Dailymail.uk