SHAH ALAM – Penduduk setempat dalam kawasan seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) boleh mula memohon untuk mendapatkan permit bazar Ramadan mulai hari ini.
Lokasi perniagaan hanya terhad kepada 10 kawasan dengan 740 tapak sahaja dalam kawasan seliaan itu.
MPHS menerusi hantaran Facebooknya memberitahu, permohonan boleh dibuat secara dalam talian di pautan http://bazar.mdhs.gov.my:8888/ebazar/.
Menurutnya, permohonan dibuka selama satu bulan sehingga 10 Februari ini dan keputusan diluluskan akan dimaklumkan kepada pemohonan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dan e-mel pada 1 Mac ini.
“Permohonan diutamakan kepada penduduk setempat dalam kawasan MPHS dengan setiap peniaga dibenar memohon dua petak bagi setiap permohonan,” katanya.
Antara lokasi Bazar Ramadan yang disediakan ialah Tapak Penjaja JRD, Liga Mas Batang Kali sebanyak 140 tapak; Tapak Pasar Pagi Taman Seri, Batang Kali (50 tapak); Taman Cempaka, Serendah (50); Lokasi Sebelah Medan Selera, Sungai Buaya (20).
Tapak Pasar Malam, Bukit Sentosa (200); Jalan Seroja, Bukit Sentosa (100); Jalan Telipot, Bukit Sentosa (25); Antara Gapi, Serendah (35); Persiaran Jalan Taman Bunga Raya (20) dan Jalan Kantan, Bukit Beruntung (100).
1 Ramadan 1443 Hijrah bermula 3 April ini.
Maklumat lanjut berhubung permohonan itu boleh diikuti menerusi portal MPHS di www.mphs.gov.my atau hubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-6064 1331 dengan sambungan 131/132/159. – MalaysiaGazette