PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

GUA MUSANG – Polis mengesahkan kehilangan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, dekat sini, yang ditularkan menerusi media sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Sik Choon Foo berkata, laporan kehilangan remaja terbabit dibuat oleh ibunya pada pukul 7 malam tadi, selepas menyedari mangsa tidak pulang ke rumah sejak semalam (10 Jan).

“Mangsa dipercayai keluar daripada rumah pukul 9 malam, semalam, sebelum ibunya menyedari mangsa belum pulang ke rumah pada pukul 3 pagi hari ini, dan terus mencarinya bersama keluarga sekitar kampung.

“Pihak kami telah terima laporan mengenai kehilangan mangsa malam ini dan operasi mencari dan menyelamat akan digerakkan pada hari esok (12 Jan), pukul 8 pagi,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Mengulas lanjut, Sik berkata, kawasan pencarian dengan jarak radius dua kilometer itu turut melibatkan agensi lain iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dibantu penduduk kampung. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast