Gambar menujukkan seorang remaja menerima vaksin penggalak - Foto REUTERS/Henry Nicholls)

LONDON – England akan meluaskan pemberian vaksin penggalak Covid –19 kepada remaja berumur 16 dan 17 bermula hari Isnin ini.

Sebelum ini, pemberian vaksin dihadkan kepada golongan itu kerana mereka berisiko daripada koronavirus.

Menteri kesihatan Britain,  Sajid Javid dalam satu kenyataan berkata, empat daripada lima orang dewasa di England sudah diberi vaksin penggalak untuk melindungi mereka daripada jangkitan.

“Pada masa ini, kami akan meluaskan pemberian vaksin penggalak kepada budak-budak berumur 16 dan 17 untuk meningkatkan imuniti mereka supaya dapat melindungi mereka daripada jangkitan” katanya.

Menurut Sajid, sejak program vaksinasi dilancarkan Ogos tahun lepas, lebih 889,700 remaja atau tujuh daripada 10 orang yang  berumur 16 dan 17 tahun telah mendapat dos pertama mereka dan lebih 600,000 telah menerima dos kedua. – CNA NEWS