Sebuah kedai memproses kacang putih di Buntong, Ipoh musnah dalam satu kebakaran awal pagi tadi.

IPOH – Sebuah kedai memproses kacang putih di Buntong di sini musnah dalam satu kebakaran awal pagi tadi.

Selain itu, kebakaran tersebut turut melibatkan sebuah rumah dua tingkat, sebuah van dan motosikal.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada  jam 1.08 pagi.

“Susulan itu, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dibantu BBP Meru Raya, BBP Pasir Puteh serta Pasukan Bomba Sukarela Pasir Pinji, Menglembu dan Pekan Baru dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kedai berkenaan terbakar kira-kira 90 peratus, rumah 30 peratus manakala van dan motosikal pula hanya lima dan 40 peratus.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambahnya, operasi pemadaman api tamat sepenuhnya pada jam 4.15 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast