Sebahagian daripada 50 kanak-kanak dan warga emas yang diraikan Sayap Bersekutu Bersatu Wilayah Persekutuan dan Bahagian Batu dalam Pesta Ponggal 2022 hari ini.

KUALA LUMPUR – Sayap Bersekutu Bersatu Wilayah Persekutuan hari ini, meraikan kira-kira 50 tetamu istimewa mereka dalam pesta Ponggal 2022.

Tetamu itu yang melibatkan warga emas dari Persatuan Kebajikan Warga Tua Wilayah Persekutuan dan anak yatim dari Pusat Jagaan Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan.

Menurut Ketua Penerangan Nasional Bersatu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, S. Gobi Krishnan turut bekerjasama dalam program itu ialah Sayap Bersekutu Bahagian Batu serta Pertubuhan Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat Batu, Kuala Lumpur (Pembakti).

Beliau yang juga Ketua Sayap Bersekutu Bersatu Bahagian Batu berkata, majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Santhara merangkap Ketua Sayap Bersekutu Bersatu Nasional.

Dr. Santhara memasukkan bahan masakan bagi menyempurnakan Pesta Ponggal anjuran Sayap Bersekutuan Wilayah Persekutuan dan Pembakti.

“Pesta ini walaupun disambut secara sederhana, tetapi kehadiran tetamu istimewa kami iaitu warga emas dan kanak-kanak bawah pusat jagaan, memberi makna yang besar.

“Sambutan diadakan dengan mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya kepada media, hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Sayap Bersekutu Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Kantharao dan barisan ahli jawatankuasanya, Edwin Chen, Sureson, Linda, Cody Teo dan Jonny YK.

Terima kasih juga katanya, kepada Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Bahagian Batu yang juga Pengarah Program Pesta Ponggal, Aloha Sim kerana berjaya menganjurkan majlis itu. – MalaysiaGazette