Friday, April 26, 2024
Home Sukan Everton pecat Rafa Benitez

Everton pecat Rafa Benitez

Rafael Benitez. Foto BBC.
LONDON – Everton akhirnya memecat Rafael Benitez selepas hanya mencatat dua kemenangan dalam 14 perlawanan dalam semua pertandingan, umum kelab itu di media sosial.
Pengumuman itu dibuat selepas sehari tewas 1-2 kepada pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL), Norwich City, kelmarin.
“Kelab Bola Sepak Everton boleh mengesahkan Rafael Benitez telah meninggalkan jawatan sebagai pengurus pasukan utama.

“Makluman mengenai pengganti tetap akan dibuat dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu.

Benitez dipilih menggantikan Carlo Ancelotti selepas pengurus kelahiran Itali itu pergi ke Real Madrid.
Dihalang oleh sekatan kewangan, Benitez yang juga bekas pengendali hanya mampu membelanjakan GBP1.7 juta pada jendela perpindahan pertamanya di kelab itu sebelum musim baharu bermula.
Dia hanya membawa masuk Demarai Gray, Andros Townsend, Asmir Begovic, Andy Lonergan dan Salomon Rondon, manakala pemain bintang James Rodriguez meninggalkan kelab itu pada bulan September.
Everton bagaimanapun memulakan musim ini dengan baik memenangi tiga daripada empat perlawanan liga pertama mereka namun kecederaan kepada pemain utama dan kehilangan rentak menyaksikan mereka merosot.
Pada Disember lalu, kekalahan 1-4 di laman sendiri kepada Liverpool menyaksikan pengarah bolasepak, Marcel Brands meninggalkan kelab, dengan bantahan peminat terhadap lembaga yang berlaku dalam perlawanan berikutnya menentang Arsenal. – MalaysiaGazette