Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan kematian seorang tahanan di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, pihaknya menerima kematian tahanan lelaki warga tempatan berusia 37 tahun itu pada jam 4.35 petang.

“Orang kena tahan (OKT) itu telah ditangkap di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“OKT telah direman selama empat hari bermula 16 Januari sehingga 19 Januari di Mahkamah Kota Bahru, Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast