RFID failure cost RM35 RM1 PLUS toll plaza Touch 'n Go
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa supaya menilai semula keputusan pelaksanaan sistem Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di lebuh raya secara keseluruhan termasuk mengambil kira aspek kewangan isi rumah rakyat.

Malah, perkara lain yang perlu dinilai iaitu demografi rakyat di luar bandar dan di bandar, serta isu cekik darah penggunaan teknologi tersebut, kata Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan.

Beliau berkata, tidak dinafikan, satu sistem tunggal adalah paling ideal bagi meningkatkan kecekapan, namun pelaksanaannya perlulah mengambil kira semua aspek.

“Bayangkan, kad Touch n Go, boleh digunakan di mana-mana tanpa mengira berapa bilangan kenderaan bagi setiap isi rumah.

“Satu kad tersebut boleh dibawa di dalam poket pengguna ketika memandu mana-mana kenderaan. Bayangkan, jika ada tiga kenderaan, maka pengguna perlu melekatkan tiga RFID pada kenderaan-kenderaan mereka,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Shahir berkata, kewangan isi rumah rakyat tidak seharusnya dibebankan dengan mereka perlu membeli pelekat RFID.

“Bayangkan pengguna perlu membeli setiap pelekat dengan harga RM35, walaupun kos pelekat tersebut sekitar RM2 hingga RM3 sahaja.

“Bagaimana pula dengan Smart Tag yang telah digunakan dengan harga melebihi RM100. Adakah pihak PLUS atau Touch n Go akan memberikan bayaran balik untuk setiap Smart Tag yang mahu dilupuskan?

“Kerajaan jangan membebankan rakyat dengan perkara-perkara kecil sebegini kerana dikhuatiri menjejaskan sokongan rakyat pada waktu getir sebegini,” ujarnya.

Menurut Shahir lagi, rakyat harus diberikan pilihan untuk kekal menggunakan Touch n Go dan RFID, sebagaimana setiap individu membuat keputusan untuk membuat sesuatu .

Laluan Touch n Go masih perlu untuk rakyat yang tidak mampu membeLi pelekat mahal RFID dan juga bagi memberikan pilihan kepada penduduk luar bandar yang hanya jarang-jarang sekali menggunakan laluan tol, katanya.

Justeru beliau berkata, DPIM berharap situasi itu tidak merumitkan pengguna lebuhraya kerana rakyat yang susah perlu dibantu kerana itulah semangat Keluarga Malaysia yang sebenar. – MalaysiaGazette