RFID failure cost RM35 RM1 PLUS toll plaza Touch 'n Go
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan semula laluan SmartTAG berikutan pelanggan SmartTAG yang terkesan ekoran pelaksanaan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID)

Pengendali lebih raya itu berkata, ia telah mengenal pasti laluan SmartTAG yang akan dibuka di beberapa plaza tol.

“PLUS komited untuk mengembalikan semula 19 lorong SmartTAG di 16 plaza tol sebelum 25 Januari 2022 untuk kelancaran trafik sempena Perayaan Tahun Baharu Cina dan selepas perayaan iaitu pada pada 19 Februari, 24 lorong SmartTAG akan diaktifkan di 18 plaza tol,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelaksanaan RFID yang dimulakan secara berperingkat di Lebuhraya PLUS pada Sabtu lalu mengundang kemarahan pengguna lebuh raya terbabit apabila mereka terpaksa berdepan kesesakan teruk di Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Bandar Seri Putra kerana kegagalan sistem berkenaan.

Katanya, tindakan membuka semula lorong SmartTAG merupakan salah satu langkah penambahbaikan bagi meningkat pengalaman pelanggan selain meningkatkan sistem RFID, menempatkan petugsa di lorong dan menyediakan lokasi strategik untuk pusat pemasangan dan penggantian tag RFID.

Sementara itu, PLUS memohon maaf kepada pelanggannya di atas kesulitan yang dialami akibat kesesakan yang berlaku semasa permulaan pelaksanaan RFID Perintis Awam ke-2 sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dari Juru ke Skudai pada 15 Januari 2022.

Menurutnya, menyedari kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan lebuhraya ketika pelaksanaan RFID laluan Juru-Skudai baru-baru ini telah membawa kepada langkah-langkah penambahbaikan itu.

Tambahnya, projek RFID adalah selaras dengan pelan tindakan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) Kementerian Kerja Raya ke arah eko-sistem lebuh raya bebas kesesakan iaitu Sistem Aliran Tol Tanpa Henti (MLFF). – MalaysiaGazette