Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyangkal dakwaan bahawa program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang dikendalikan kementerian itu daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) gagal.

Menurut menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, program itu nyata mendapat sambutan apabila terdapat 15 peserta telah dibenarkan untuk memasuki negara ini semasa sidang media dijalankan di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen, Putrajaya hari ini.