Himpunan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Tangkap Azam Baki akhirnya berakhir jam 12.20 tengahari tadi selepas disuraikan polis di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Himpunan #TangkapAzamBaki hari ini berakhir kira-kira pukul 12.20 tengahari tadi apabila para pesertanya yang dalam perjalanan ke Dataran Merdeka di sini disuraikan oleh polis.

Himpunan itu pada mulanya dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka dan berakhirnya di LRT Bangsar mula pukul 11 pagi tadi.

Mereka yang berhimpun di LRT Bangsar hanya mampu mengadakan perarakan sejauh 600 meter di penghujung Jalan Bangsar sebelum diarahkan bersurai.

Ia atas arahan pihak berkuasa yang mengarahkan agar himpunan #TangkapAzamBaki tidak diteruskan.

Himpunan kali ini hanya disertai beberapa aktivitis dan tiada pemimpin besar Pakatan Harapan (PH) yang dilihat turun padang.

Antara aktivis dan pemimpin sayap pemuda parti pembangkang dilihat hadir ialah, Adam Adli, Mandeep Singh, Fahmi Zainol, Ketua Pemuda DAP, Howard Lee, Setiausaha pemuda PKR,Syukri Ab Razak dan Bendari Parti Muda, Tarmizi Anuwar.

Tiada sebarang tangkapan dibuat oleh pihak polis dalam himpunan yang sama.

Sebelum bersurai, peserta himpunan sempat melaungkan “boo” beberapa kali sebagai bantahan terhadap Azam kerana enggan berundur.

Turut mengambil tempat, nyanyian lagu Negaraku sebelum bersurai.

Terdahulu kira-kira lebih 100 penunjuk perasaan berpakaian hitam berkumpul di bawah LRT Bangsar dan di tepi Menara UOA.

Laungan  “Hidup Rakyat! Tangkap Azam Baki!” bergema di seluruh stesen LRT Bangsar turut bergema.

Beberapa penunjuk perasaan dilihat membawa sepanduk bertulis “Lawan” dan “Lawan Korupsi”.

Sementara yang lain turut kelihatan membawa topi keledar sambil berarak dan menyanyikan lagu “Tolak Azam Baki”. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Himpunan Dataran Merdeka ditolak, kami pergi Masjid Negara – Tarmizi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.