KUALA LUMPUR – Permohonan untuk himpunan #TangkapAzamBaki menghala ke Dataran Merdeka di sini telah ditolak pihak polis.

Bagaimanapun, menurut jurucakap himpunan, Tarmizi Anuwar polis memberikan kebenaran untuk himpunan berjalan ke Brickfields.

“Polis membenarkan himpunan ke Brickfields sahaja tapi kita dalam proses rundingan untuk membenarkan kita ke Masjid Negara.

“Kita akan bergerak ke hadapan dan tengok sampai mana kita boleh pergi,” kata Bendahari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu.

Tambah Tarmizi, pihaknya akan berusaha untuk mematuhi segala arahan pihak berkuasa agar himpunan ini berjalan secara aman.

“Kita akan hormat arahan pihak berkuasa dan beri kerjasama. Kita akan berusaha untuk mengadakan himpunan secara aman,” katanya lagi.

Buat masa ini, Himpunan #TangkapAzamBaki telah meninggalkan LRT Bangsar untuk ke Dataran Merdeka di mana lokasi asal himpunan itu diadakan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Peserta perhimpunan berkumpul, FRU siap sedia di LRT Bangsar

1 Komen

Comments are closed.