FRU #TangkapAzamBaki protest demonstration rally LRT Bangsar

KUALA LUMPUR – Sekumpulan peserta Himpunan #TangkapAzamBaki mula berkumpul di Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar di sini hari ini.

Beberapa aktivitis seperti Adam Ali dan Mandeep Singh turut dilihat turun dalam himpunan kali ini.

Peserta perhimpunan berkumpul, FRU siap sedia di LRT Bangsar

Rata-rata mereka berhimpun kerana tidak berpuashati kerana tiada sebarang tindakan diambil kerajaan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki yang dikaitkan dengan isu pemilikan saham baru-baru ini.

Ekoran kehadiran peserta perhimpunan semakin ramai, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba kira-kira pukul 11 pagi tadi selepas beberapa kumpulan himpunan  mula membanjiri LRT Bangsar.

Beberapa jentera FRU mula diletakkan di Jalan Bangsar bagi menghadapi sebarang kemungkinan ekoran himpunan yang diadakan hari ini.- MalaysiaGazette