Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad mempegerusikan Mesyuarat Khas UMNO di Pejabat UMNO Negeri, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 22 JANUARI 2022.

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad mendapat persetujuan semua ketua bahagian UMNO untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Johor dan bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Hasni berkata, beliau akan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pukul 5 petang ini di Istana Bukit Serene untuk mendapat perkenan pembubaran DUN.

“Sekarang saya akan mengadakan mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dahulu. Kemudian saya akan pergi ke Istana Bukit Serene untuk mendapatkan perkenan,” katanya.

Beliau ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri oleh 26 ketua-ketua bahagian UMNO bagi membincangan mengenai Pilihan Raya Negeri Johor.

Hasni dijadual akan mengadakan sidang akhbar pada pukul 6 petang ini selepas menghadap Sultan Johor.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. PRN RAKYAT DERITA BANJIR COVID HARGA BARANG NAIK DAN HILANG KERJA…..PEMIMIMPIN MABUK KUASA DENGAN TAGIHAN DEMI RAKYAT…………..JOM PAKAT2 BOIKOT MANA 2 PRU/PRN

Comments are closed.