Anggota polis berkawal di pintu masuk kelab malam di daerah Bastos di Yaounde,. foto CNN

YAOUNDE РSekurang-kurangnya 16 orang terbunuh selepas kebakaran memusnahkan sebuah kelab malam di ibu kota Cameroon Yaound̩ awal pagi Ahad.

Manakala lapan lagi cedera parah dalam kebakaran di Kelab Malam Liv, menurut kenyataan kerajaan.

Semasa sidang media yang diadakan di lokasi kebakaran, Pengarah Hospital Pusat Yaoundé berkata, beberapa orang dalam keadaan kritikal telah dipindahkan ke hospital.

Kementerian Perhubungan Cameroon berkata, siling di kelab malam itu terbakar akibat letupan bunga api.

Kebakaran itu kemudian menyebabkan dua letupan kuat yang mencetuskan panik dalam kalangan mereka yang berada di tempat kejadian.

Presiden Paul Biya telah mengarahkan penyiasatan terperinci mengenai kejadian itu. – CNN (https://edition.cnn.com/2022/01/23/africa/nightclub-fire-yaound-cameroon-intl/index.html)