Wanita melihat telefon pintar mereka di taman awam di Beijing.Foto: AP/Mark Schiefelbein).- Gambar hiasan.

BEIJING – Pentadbiran Ruang Siber China (PRSC) telah melancarkan kempen ruang siber bersih selama sebulan sepanjang perayaan Tahun Baru Cina.

ia juga dikenali sebagai tempoh perayaan musim bunga – salah satu cuti terbesar di China dan majoriti rakyatnya bercuti selama seminggu.

Pelancaran kempen itu menyasarkan untuk mewujudkan persekitaran dalam talian yang sihat dan harmoni untuk pengguna internet terutamanya kanak-kanak di bawah umur, kata PRSC dalamĀ  satu kenyataan.

Bukan itu sahaja, kempen yang sama juga memberi tumpuan kepada pencegahan buli siber dan penyebaran khabar angin dalam talian.

Dalam pada itu, PRSC uga membuat pengumuman menerusi WeChat rasminya pada hari Selasa mengatakan ia akan melihat secara dekat platform, kandungan dan iklan sebagai sebahagian daripada kempen yang sama.

China sebelum ini melancarkan tindakan keras terhadap industri hiburannya dan berusaha membendung tingkah laku selebriti dan kumpulan peminat yang ekstrem melalui media sosial.

Akhirnya, pelancaran kempen itu juga membantu menghalang selebriti tidak bermoral daripada mengadakan sebarang acara dalam talian. -CNA NEWS-https://www.channelnewsasia.com/asia/china-clean-cyberspace-campaign-2457331