Sebahagian arak dan rokok seludup yang dirampas Pasukan Polis Marin Batu Uban, Pulau Pinang di Bukit Mertajam semalam.

GEORGE TOWN – Pasukan Polis Marin Batu Uban, Pulau Pinang merampas rokok seludup dan minuman keras tidak bercukai yang dianggarkan bernilai RM133,460 dalam satu serbuan di Bukit Mertajam semalam.

Operasi Khas sempena Tahun Baharu Cina yang dilakukan Unit Risikan Marin itu turut membawa kepada penangkapan seorang lelaki Bangladesh.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, hasil serbuan pihaknya menjumpai 11 peti rokok dan 17 peti minuman keras yang disyaki tidak bercukai dalam premis tersebut.

“Sebanyak 590 karton atau 216,800 batang rokok yang dianggarkan bernilai RM123,490 berjaya dirampas dalam serbuan tersebut.

“Turut dirampas, pelbagai jenama minuman keras bernilai RM9,970 dan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM133,460.

“Suspek dan kesemua barang kes telah diserahkan kepada pegawai penyiasat di ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Tengah di sini untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ismail Sabri buat MOU bawa masuk 1 JUTA orang India dari Bangladesh!!

    Hari tu Zuraida nak bawa masuk 32 rib Bangla hari ni Ismail Sabri nak bawa masuk
    1, 000,000. Bangla. Lebih kurang sama dgn Zahid dan Hishamuddin.
    Tak ada otak punya orang.

    Ini semua perdagangan manusia dan merbahayakan orang Melayu. Berapa kerat
    akan bekerja untuk Melayu? Berapa kerat akan bekerja untuk Tamil dan Cina?

    UMNO jadi kerajaan Ismail Sabri nak bawa masuk MOU 1 juta rakyat Bangladesh.
    Apa kerja korang ni? Kerajaan apa yang bawa masuk 1 juta bangsa Tamil
    tak cukup dengan Tamil disana sini sekarang? Adakah Bangla ni akan kerja
    untuk orang Melayu? Adakah mereka kerja untuk kerajaan? Tidak mereka akan kerja di sektor kotor dan merbahaya seperti
    restoran dan kilang Cina. Restoran Tsmil kotor? Restoran Cina kotor? Kerja hotel kotor?
    Kilang cina kotor? Kalau kotor kenapa dibiar beroperasi?
    Kita perlu dsar yang membantu Melayu bukan dasar yg mengkayakan kuli2 kapitalis Cina dan Tamil. Bangun Melayu? ABU.

Comments are closed.