Pemilik bangunan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diingatkan supaya menjelaskan cukai taksiran penggal pertama sebelum 28 Februari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pemilik bangunan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diingatkan supaya menjelaskan cukai taksiran penggal pertama sebelum 28 Februari ini.

Dalam satu kenyataan MBPJ memaklumkan, langkah itu perlu dilaksanakan segera bagi mengelak mereka dikenakan denda.

Bagi tujuan itu katanya, MBPJ ada membuka kaunter pada setiap Sabtu dan Ahad bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang sepanjang Februari ini untuk memudahkan pemunya harta menjelaskan cukai taksiran.

“Pelanggan yang datang ke kaunter dinasihatkan mematuhi syarat operasi tatacara piawai (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara,” demikian menurut kenyataan itu.

MBPJ turut menggalakkan pemunya harta membuat bayaran secara dalam talia melalui [email protected] atau aplikasi [email protected]

Pada masa sama MBPJ turut membuka kaunter Ez-Pay bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang di beberapa lokasi bagi memudahkan urusan pembayaran. – MalaysiaGazette