Ayob khan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay pada sidang media mengenai kejayaan narkotik dalam Operasi Tapis Khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 25 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti trend penyeludupan dadah di sempadan negara semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kes penyeludupan membabitkan negara jiran khususnya di utara Semenanjung bukan perkara baharu.

Menyedari perkembangan itu pihaknya sentiasa memantau situasi disamping memperketatkan kawalannya bagi membanteras penyeludupan dadah.

“Pasukan Gerakan Am (PGA) ada membuat rampasan dadah di Perlis dan Kelantan masing-masing pada 18 dan 21 Januari lalu…memang trend penyeludupan dadah meningkat.

“Kita juga ada kolaborasi mantap dengan agensi luar seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan PGA di sempadan. Insya-Allah kita akan mantapkan lagi operasi di utara Semenanjung.

“Isu penyeludupan membabitkan dadah ini akan berterusan dan tidak akan habis. Penyeludup ini akan mencari pelbagai kelemahan pegawai kita di sempadan itu untuk membolehkan barang terlarang itu dibawa masuk dari negara jiran (Thailand),” katanya pada sidang media Operasi Tapis Khas di Bukit Aman hari ini.

Ditanya pengedaran dan penggunaan dadah di pusat hiburan dan penguatkuasaan operasi, Ayob Khan menambah, perkara itu adalah rutin biasa yang dipantau dan dilakukan pasukan JSJN.

“Kita akan adakan opeasi berasingan di pusat-pusat hiburan, ini akan dijalankan bahagian narkotik seluruh Malaysia. Kita juga ada Op Tapis Khas sekarang namun ia memfokuskan tokan dan sarang penagihan dadah untuk tindakan sewajarnya,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast