Claudio Ranieri.- Foto Eurosport.

LONDON – Ketua jurulatih Watford, Claudio Ranieri dipecat hari ini selepas hanya tiga bulan mengemudi kelab itu berikutan keputusan buruk yang menyebabkan kelab Liga Perdana itu berada dalam zon penyingkiran.

Jumaat lalu, perlawanan terakhir Ranieri ketika tewas 3-0 di laman sendiri kepada kelab yang juga bergelut Norwich City.

“Kelab menghormati Claudio sebagai individu berintegriti dan penuh rasa hormat, yang sentiasa akan dihormati di Vicarage Road kerana usahanya mengetuai pasukan,” kata Watford dalam satu kenyataan di laman web kelab.

Watford kini di kedudukan ke-19 selepas tujuh kekalahan dan satu seri dalam lapan aksi terakhir.

Ranieri, 70, mengambil alih pasukan pada Oktober apabila Xisco Munoz meninggalkan kelab itu hanya selepas tujuh aksi liga dan Watford di kedudukan ke-14. – MalaysiaGazette-https://www.theguardian.com/football/2022/jan/24/watford-sack-manager-claudio-ranieri-after-grim-14-game-tenure