Terence Naidu
Terence Naidu

GEORGE TOWN – Siasatan berhubung dakwaan seorang Ahli Dewan Undangan (ADUN) DAP dari Perak, Terence Naidu ada pihak mencampurkan dadah dalam minumannya masih dijalankan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan perkembangan siasatan kerana siasatan masih dijalankan.

“Siasatan berkaitan dakwaan ADUN berkenaan masih dijalankan buat masa ini.

Mohd Shuhaily (tengah) pada sidang media di IPK Pulau Pinang hari ini.

“Bagi siasatan berhubung ujian air kencingnya positif dadah pula, kita telah serahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya baru-baru ini namun dipulangkan semula untuk beberapa tindakan susulan.

“Kita sedang lengkapan kertas siasatan yang dipulangkan itu dan kita akan serahkan semula kepada pihak pendakwa raya pada 8 Februari ini,” katanya kepada pemberita di IPK Pulau Pinang hari ini ketika diminta mengulas perkembangan siasatan Adun DAP Perak positif dadah baru-baru ini.

MalaysiaGazette pada 15 Januari lalu melaporkan Terence Naidu mengaku beliau adalah wakil rakyat yang ditangkap polis dan saringan air kencingnya positif dadah.

Bagaimanapun dalam satu kenyataannya, ADUN Pasir Bedamar itu telah memberi kenyataan beramaran kepada pihak polis tentang situasi sebenar yang membawa kepada penahanannya itu. 

Terence yang terkejut ketika dimaklumkan air kencingnya positif dadah memberitahu, beliau telah diundang oleh kliennya untuk perjumpaan dan makan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast