Felda Chemomoi di Bentong, Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Dipermudahkan (PKPD) selama 14 hari bermula 28 Januari hingga 10 Februari 2022.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Felda Chemomoi di Bentong, Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Dipermudahkan (PKPD) selama 14 hari bermula 28 Januari hingga 10 Februari 2022.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti yang terletak dalam Mukim Sabai itu dikenakan PKPD selepas penilaian risiko dibuat susulan trend jangkitan Covid-19.

“Pelaksanaan PKPD bagi lokaliti Felda Chemomoi dibuat setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan  (KKM) mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi lokaliti ini sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya malam ini.

Dalam pada itu, tiada pengumuman mengenai mana-mana lokaliti yang dilanjut mahupun ditamatkan setakat hari ini. – MalaysiaGazette