Gambar hiasan. foto BBC

MAPUTO – Dua ekor gajah yang disyaki membunuh dua orang di daerah Metuchira di wilayah Sofala tengah Mozambique telah dibunuh.

Kedua-dua gajah itu dilaporkan telah membunuh mangsa di rumah mereka.

Pentadbir Kawasan Pemuliharaan Kebangsaan (Anac) berkata, ia menjalankan siasatan sehingga mengenal pasti kedua-dua haiwan itu berkemungkinan besar telah membunuh manusia.

“Hasil penyiasatan dan analisis ini dan memandangkan bahaya yang akan berlaku bagi penduduk di kawasan yang sama, kami telah memutuskan untuk membunuh dua gajah tersebut,” kata kenyataan dari Anac.

Gajah-gajah itu adalah dipercayai sebahagian daripada kumpulan yang telah meninggalkan Taman Negara Gorongosa dan berada di kawasan itu sejak Taufan Idai, hampir tiga tahun lalu. – BBC (https://www.bbc.com/news/world)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast