Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad

KUANTAN – Kerajaan Pahang memperuntukkan lebih dari RM1 juta  bagi membantu membaik pulih sebanyak 90 masjid termasuk surau yang rosak akibat bencana banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Ahmad berkata, perutukan itu adalah kombinasi sumbangan daripada pelbagai pihak.

“Ia termasuk sumbangan kerajaan Negeri Pahang, Majlis Agama Islam Pahang (MUIP), Majlis Agama Pulau Pinang dan sumbangan orang ramai melalui tabung masjid di seluruh Pahang.

“Lebih RM1 juta diperuntuk oleh Menteri Besar Pahang bagi kepada masjid-masjid dan surau untuk membantu meringankan beban pengurusan masjid dan surau yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

“Sumbangan  akan diagih mengikut kerosakan yang dialami bermula dari RM 1,000 sehingga RM2,000 dan  gimik penyerahan telah disampaikan kepada masjid Cenderawasih Kuantan dengan penyerahan sumbangan jumlah RM20, 000,” katanya.

Majlis Penyampaian Seragam Jubah dan Imamah rasmi Al-Azhariy kepada 53 pegawai termasuk Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman

Manakala pemberian kepada pengurusan masjid lain pula akan menyusul dan diagihkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri turut meluluskan peruntukan RM180K kepada Tabung Pengurusan Jenazah Covid kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

“Ini bagi membantu urusan pemandian, kafan dan pengkebumian jenazah Covid yang sukar dan perlu kepada Prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sejurus Majlis Penyampaian Seragam Jubah dan Imamah rasmi Al-Azhariy kepada 53 pegawai termasuk Mufti dan Ketua Hakim Syarie Pahang hari ini. – MalaysiaGazette