car crash The accident involving BMW and Proton Iswara at Desa Bidara Jalan Muadzam- Gambang, Kuantan, Pahang has killed three men and injured two.
The accident involving BMW and Proton Iswara at Desa Bidara Jalan Muadzam- Gambang, Kuantan, Pahang has killed three men and injured two. Kemalangan melibatkan kereta BMW dan Proton jenis Iswara  kira-kira pada jam 4.28 pagi tadi berlaku Desa Bidara Jalan Muadzam- Gambang, Kuantan, Pahang

KUANTAN – Tiga lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta berhampiran Desa Bidara Jalan Muadzam-Gambang, Kuantan, Pahang hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan yang melibatkan kereta BMW dan Proton Iswara pada jam 4.28 pagi.

“Seramai enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah ke lokasi kejadian bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT).

“Setibanya di lokasi kejadian, anggota penyelamat mendapati terdapat tiga lelaki dewasa yang menaiki kereta Proton Iswara berada dalam keadaan tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Dua lagi lelaki yang menaiki kereta BMW pula mengalami cedera ringan dan mereka kemudian diberi rawatan,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Ismail, pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan Resque Power Unit.

Jelasnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis dan operasi menyelamat selesai pada jam 5.17 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast