Amad Diallo. Foto The Sun UK.
LONDON – Pemain muda Manchester United, Amad Diallo melengkapkan perpindahan ke Rangers FC secara pinjaman sehingga penghujung musim.
Diallo berkata, dia begitu teruja untuk menyertai gergasi Liga Perdana Scotland itu sehingga tamat musim ini.
“Satu perasaan yang sangat mengagumkan apabila saya berpeluang berada di kelab yang hebat ini.
“Memang akan ada cabaran di hadapan dan saya menganggapnya sebagai satu ujian buat diri saya,” katanya.

Pada Januari tahun lalu, United menandatangani secara rasmi Diallo apabila melengkapkan perpindahan bernilai £37 juta dari kelab Itali, Atlanta.

Kontrak pemain berusia 19 tahun itu bersama United sehingga tahun 2025.

Namun pemain yang berasal dari Ivory Coast gagal merebut tempat dalam kesebelasan utama selain dibelenggu kecederaan pada awal musim.

Pada musim lalu, Diallo membuat sembilan penampilan bersama skuad utama United, mencetak satu gol dan satu bantuan gol namun hanya beraksi satu perlawanan untuk The Red Devils pada musim ini.

Rangers yang tidak tewas ketika menjulang kejuaraan liga Scotland musim lalu, berjaya menamatkan penguasaan sembilan tahun Celtic.

Untuk rekod, Rangers memimpin saingan liga dengan 55 mata selepas mengharungi 22 perlawanan, akan bertandang ke Ross County minggu ini. – MalaysiaGazette

https://www.skysports.com/football/news/11788/12526731/amad-diallo-rangers-sign-manchester-united-winger-on-loan-until-end-of-season