Keadaan jambatan yang runtuh di Pittsburgh. foto Getty Images

PENNSYLVANIA – Sebuah jambatan di bandar Pittsburgh Amerika Syarikat runtuh ketika dengan enam kenderaan, termasuk sebuah bas sedang melaluinya.

Kejadian itu menyebabkan 10 orang mengalami kecederaan ringan, tiga daripadanya dibawa ke hospital.

Jambatan Forbes Avenue yang dilitupi salji itu runtuh pagi Jumaat, kira-kira selepas jam 6 pagi waktu tempatan.

Keruntuhan berlaku hanya beberapa jam sebelum Presiden Joe Biden melawat kawasan itu untuk bercakap tentang infrastruktur.

Ketua Bomba, Darryl Jones berkata, petugas pertama menggunakan tali sepanjang 100 kaki (30m) dan membentuk rantaian manusia untuk menarik mangsa ke tempat yang selamat.

Anjing pengesan dan dron juga digunakan di tempat kejadian.

Pemandu bas Daryl Luciani dan dua penumpangnya ketika itu adalah antara yang diselamatkan dari gaung yang terbentuk akibat runtuhan jambatan.

Luciani hanya terhantuk tetapi tidak cedera.

“Bas melantun dan bergegar tetapi mungkin tidak sampai seminit bas itu akhirnya berhenti dan saya bersyukur kerana tiada sesiapa di dalam bas itu cedera,” katanya kepada WPXI – stesen berita televisyen tempatan.

Penduduk diminta mengelak kawasan itu selepas anggota keselamatan awam mengesahkan mereka terpaksa menutup saluran gas yang bocor di bawah jambatan. – BBC (https://www.bbc.com/news/world-us-canada-60173771)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast