KUANTAN – Sebanyak sembilan buah kenderaan terlibat Dalam kejadian Kemalangan di Kilometer 40 di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak hari ini menyebabkan kesesakan trafik yang teruk di sepanjang lalulan tersebut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan insiden 9.30 pagi itu didapati lori treler yang di pandu oleh seorang lelaki warganegara tempatan berusia 42 tahun yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan telah hilang kawalan dan merempuh kenderaan di hadapannya.

“Sembilan buah kenderaan terbabit melibatkan dua jenis kenderaan pelbagai guna jenis Mitsubishi dan Toyota Estima, Dan Lima buah kereta jenis, Proton Axia, Perodua Myvi, BMW, Toyota Vios, Proton Saga, Toyota Hilux dan treler jenis Volvo.

“Akibat kemalangan tersebut pemandu lori treler mengalami kecederaan ringan di bahagian lengan kanan dan dahi manakala pemandu-pemandu kenderaan yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jelas Zaiham, kes disiasat di bawah seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tambah beliau, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM4,000 dan tidak lebih RM10,000 dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan.

Kata beliau, pihaknya memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian ini tampil untuk membantu siasatan. – MalaysiaGazette