Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada Mesyuarat Khas Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 20 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Satu laporan polis akan dibuat Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung laporan berunsur fitnah hari ini.

Laporan itu akan dibuat Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus jam 2 petang ini berdasarkan kepada satu jemputan media yang diterima MalaysiaGazette.

Menurut jemputan itu, laporan berkenaan akan dibuat terhadap dua laporan media portal tempatan terhadap Ismail Sabri.

Laporan itu akan dibuat di Balai Polis Dang Wangi.

Ia berhubung satu laporan portal Agenda Daily bertajuk ‘Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, ‘rayu’ jangan tarik sokongan’ yang disiarkan portal berkenaan semalam.

Dalam laporan itu, Ismail Sabri difahamkan seolah-olah ‘merayu’ Perikatan Nasional (PN) untuk tidak menarik sokongan terhadap beliau.

Ismail turut dilaporan membuat rayuan itu setelah dua kali peringatan daripada Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin. – MalaysiaGazette