Nor Hakim Hassan tidak sedarkan diri selepas bertembung dengan penjaga gol Negeri Sembilan FC Ahmad Syihan di dalam perlawanan persahabatan di Stadium Paroi malam tadi. Foto Kredit Cakap Sukan.

KUALA LUMPUR – Pemain Selangor FC, Nor Hakim Hassan yang tidak sedarkan diri selepas bertembung dengan penjaga gawang Negeri Sembilan FC, Ahmad Syihan kini melalui proses Rehabilitasi protokol kecederaan gegaran otak (Concussion).

Selangor FC dalam satu kenyataan berkata, Hakim telah mengalami concussion semasa perlawanan persahabatan şemalam.

“Beliau dikeluarkan dengan pemakaian cervical collar sebagai tindakan berjaga-jaga untuk mengurangkan pergerakan.

“Pemeriksaan terus dilakukan di bilik persalinan, Hakim telah menunjukkan tindak balas positif dan sedar sepenuhnya serta menunjukkan tiada kecederaan dibahagian leher.

“Hakim kini melalui proses Rehabilitasi protokol kecederaan gegaran otak,” ujar kenyataan tersebut,

Semalam, Hakim tidak sedarkan diri pada minit ke-24 selepas bertembung dengan penjaga gol Negeri Sembilan FC, Ahmad Syihan di dalam perlawanan persahabatan di Stadium Paroi. – MalaysiaGazette