Aubameyang menyertai kelab La Liga Barcelona secara percuma selepas meninggalkan Arsenal.Sumber foto: BBC Sport.com via Getty Images

LONDON – Pierre-Emerick Aubameyang menyertai Barcelona secara percuma apabila meninggalkan Arsenal, lapor BBC Sport.

Penyerang Gabon berusia 32 tahun itu menandatangani kontrak semalam.

Aubameyang tidak berpeluang beraksi lebih kerap untuk Gunners di bawah bimbingan Mikel Arteta selepas diambil tindakan disiplin dan status kapten pasukan ditarik pada Disember lalu.

Sepanjang musim ini Alexandre Lacazette dan Eddie Nketiah menjadi pilihan kesebelasan utama skuad Arteta.

Bagaimanapun sepanjang bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu, dia berjaya menjaringkan 92 gol menerusi 163 penampilan.

Aubameyang juga pernah dikaitkan dengan kelab Arab Saudi, Al-Nassr.

Bekas kapten the Gunners itu membawa penjimatan sebanyak £15 juta (RM84.6 juta) kepada Arsenal yang pernah membelinya dengan yuran £56 juta (RM315.8 juta) daripada Borussia Dortmund pada 2018. – BBC Sport.com

Sumber sukan: https://www.bbc.com/sport/football/60186125