Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyiasat punca kebakaran sebuah lokomotif di Kilometer 490.50-491.00 antara Pasir Mas dan Tanah Merah lewat malam tadi.

Ketika kejadian, lokomotif itu membawa 180 penumpang Ekspres Rakyat Timuran No. 27 dalam perjalanan dari Stesen Tumpat ke Kempas Baru.

Katanya, kebakaran dapat dipadamkan pada jam 12.20 malam.

Kebakaran itu tidak melibatkan nyawa penumpang dan pemandu kerana ia membabitkan bahagian enjin dan tidak merebak ke gerabak penumpang.

KTMB berkata, semua gerabak telah ditarik dengan lokomotif bantuan ke Stesen Pasir Mas dan pada jam 2.46 pagi penumpang berjaya meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast