Kali terakhir kejadian air pasang besar di pesisir pantai Selangor pada Oktober tahun lalu.

SHAH ALAM – Pusat Hidrografi Nasional meramalkan air pasang besar di Sabak Bernam dan Pelabuhan Klang mulai 1 hingga 5 Februari ini.

Beberapa kawasan lain yang turut dijangka berdepan dengan fenomena itu ialah Kuala Muda di Kedah, Bagan Datoh di Perak, Batu Pahat dan Pontian di Johor.

“Air pasang besar bagi Februari 2022 berlaku pada 1 hingga 5 Februari ini sesuai dengan data ramalan Jadual Pasang Surut Malaysia 2022 yang dikeluarkan oleh Pusat Hidrografi Nasional.

“Sentiasa berwaspada,” kata agensi itu menerusi Twitternya.

Semalam, air pasang besar melanda beberapa kawasan di negeri ini termasuk Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis dilaporkan berkata, air pasang berada pada paras ketinggian lima meter, namun situasi terkawal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast