Azizah Mohd Dun

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) menafikan wujudnya salah guna kuasa atau salah urus tadbir pihaknya ekoran penularan dokumen dalaman anak syarikatnya di media sosial.

“Sekiranya wujud sebarang salah laku dalam tadbir urus anak syarikat di bawah agensi ini, MARA sesekali tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana individu yang terlibat atas prinsip menjunjung nilai integriti dalam melaksanakan amanah yang diberikan,” katanya.

“Pihak MARA telah pun memulakan siasatan lanjut di MARA Corp bagi meneliti dokumen-dokumen berkaitan untuk memastikan pengurusan syarikat sentiasa berlandaskan tadbir urus yang baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azizah, keseluruhan anak syarikat MARA dikawal selia mengikut Akta Syarikat 2016 dan pihaknya sentiasa mengutamakan amalan integriti dalam organisasi berteraskan nilai integriti yang tinggi.

“Sekiranya wujud sebarang salah laku dalam tadbir urus anak syarikat di bawah agensi ini, MARA sesekali tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana individu yang terlibat atas prinsip menjunjung nilai integriti dalam melaksanakan amanah yang diberikan,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast