Gambar hiasan

 

KUALA LUMPUR – Sembilan kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam.

Jumlah itu termasuk dua kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital, kata Kementerian Kesihatan menerusi data COVIDNOW.

Johor merekodkan empat kematian.

Manakala Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu masing-masing satu kes.

Setakat ini, sebanyak 69,572 kes Covid-19 yang masih aktif dengan pertambahan 3,620 lagi kes semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 3,962 kes atau 5.7 peratus menerima rawatan di hospital dengan 137 kes di Unit Rawatan Rapi.

Sebanyak 71 kes daripadanya menerima bantuan alat pernafasan.

Manakala 60,999 kes kuarantin di rumah dan 4,474 pula ditempatkan di Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19.

Sehingga jam 11.59 malam tadi, kes jangkitan Covid-19 di negara ini sudah mencecah 2,894,675. – MalaysiaGazette