heavy downpour thunderstorm continous heavy rain MetMalaysia weather forecast
Penunggang motosikal berteduh di bawah jejantas daripada cuaca hujan lebat yang turun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 13 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berserta ribut petir dijangka melanda hampir seluruh negara petang ini.

Berdasarkan kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikeluarkan pada pukul 2 petang, beberapa kawasan diramal mengalami situasi ribut petir sehingga pukul 5 petang dan 7 malam.

Negeri Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Sik dan Baling); Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang); Terengganu (Besut dan Hulu Terengganu); Pahang (Maran, Kuantan dan Pekan); Sabah: Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod dan Telupid) dijangka dilanda ribut petir sehingga pukul 5 petang.

Sementara, Kedah (Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong); Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang); Kuala Lumpur; Putrajaya; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban. Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin); Melaka; Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) diramal mengalami ribut petir sehingga pukul 7 malam. – MalaysiaGazette