NEW YORK – Pemilihan juri bermula bagi perbicaraan kes rasuah di Amerika Syarikat (AS) membabitkan bekas pegawai bank Goldman Sachs yang dituduh membantu melakukan penggubahan wang haram berjumlah ratusan juta dolar yang dicuri daripada syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan merasuah para pegawai bagi mendapatkan perniagaan.

Bekas ketua pelaburan perbankan di Malaysia, Roger Ng mengaku tidak bersalah ke atas tiga pertuduhan penggubahan wang dan melanggar undang-undang anti rasuah, lapor Reuters.

Goldman membantu menjual bon 1MDB berjumlah AS$6.5 bilion, yang mana bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak melancarkan untuk mengembangkan ekonomi.

Pihak berkuasa berkata, para pegawai dana dan rakan mencuri sebahagian daripada wang itu dan membelanjakannya untuk barangan mewah manakala Goldman membayar lebih AS1.6 bilion untuk merasuah para pegawai di Malaysia dan Abu Dhabi untuk perniagaan-perniagaan 1MDB.

Pada 2020, Goldman bersetuju untuk membayar penalti berjumlah AS$2.9 bilion dan sebuah unit di Malaysia mengaku salah laku jenayah untuk menyelesaikan siasatan yang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman AS dan pihak berkuasa lain berhubung peranannya dalam 1MDB.

Semalam, Hakim Daerah AS, Margo Brodie menyoal berpuluh-puluh juri berpotensi di Mahkamah Persekutuan Brooklyn mengenai kemungkinan hubungan mereka dengan individu-individu atau entiti-entiti yang mungkin dibangkitkan pada perbicaraan, dan sama ada mereka boleh berlaku adil dan tidak berat sebelah.

Beberapa juri berpotensi berkata, mereka mempunyai pendapat yang negatif tentang bank-bank, meskipun tiada yang disingkirkan

Seorang calon juri berkata, Goldman pernah menjadi pengurus kekayaannya sejak 2007, dan seorang lagi menyatakan beliau telah bekerja untuk Goldman dalam bidang teknologi selama tujuh tahun sebelum meninggalkan syarikat itu pada 2017.

Seorang potensi juri lain berkata, sebelum ini beliau bekerja dalam pelaburan perbankan di Barclay, dan kes 1MDB telah digunakan dalam latihan anti penggubahan wang haram.

Tiada antara ketiga-tiga juri itu disingkirkan.

Kenyataan pembukaan perbicaraan dijadual pada 14 Februari ini.

Ng ditahan di Malaysia pada November 2018 dan diekstradisi enam bulan kemudian.

Seorang lagi bekas pegawai Goldman, Tim Leissner mengaku bersalah pada 2018 terhadap peranannya dalam skandal tersebut.

Beliau dijadual menjalani hukuman pada Mac ini. – Reuters

https://www.reuters.com/markets/us/jury-selection-begin-ex-goldman-bankers-1mdb-corruption-trial-2022-02-07/