Kamarul Zaman Mamat

JOHOR BAHRU – Helah menggunakan khidmat syarikat penghantaran untuk menyeludup dadah gagal apabila kegiatan itu berjaya dihidu polis dalam satu operasi khas di Jalan Tebrau dan sekitar bandar raya ini, Sabtu lalu.

Dalam operasi bermula pada jam 3 petang itu, seramai lima lelaki tempatan dan dua perempuan warga asing berumur di antara 22 hingga 56 tahun ditahan dalam operasi bermula jam 3 petang.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam operasi itu sebanyak 17.70 kilogram (kg) dadah jenis magic mushroom bernilai RM885,100 serta 3.02 kg serbuk ekstasi bernilai RM151,050 dirampas.

Nilai keseluruhan rampasan dadah adalah RM1.04 juta.

“Modus operandi sindiket ini adalah menghantar dadah menggunakan perkhidmatan kurier untuk pasaran Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Hasil siasatan awal pihak kita mendapati sindiket ini telah beroperasi sejak November tahun lalu dan bekalan ini disyaki dari negara luar,” katanya.-Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast