Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman telah mengesan satu modus operandi baharu penipuan dalam talian yang menggodam akaun bank melalui muat turun fail Android Package Kit (APK).

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, berdasarkan siasatan, sindiket penipuan terbabit menggunakan platform media sosial seperti Facebook bagi mengiklankan penjualan barangan atau perkhidmatan penstriman bagi menonton rancangan televisyen.