Sebuah kereta hangus terbakar selepas dirempuh oleh sebuah trak yang dipandu pemandu mabuk. foto DPA

FURTH – Seorang pemandu trak yang melanggar lampu isyarat merah merempuh kereta yang diletakkan di tepi-tepi bangunan.

Tiga orang cedera dan 31 kenderaan rosak dalam kejadian di Furth, Jerman, pada malam Selasa.

Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta-kereta tertolak ke bangunan dan menyebabkan sebahagian daripadanya terbakar.

“Pemandu trak itu langgar lampu merah lalu merempuh kereta-kereta yang berada di sepanjang jalan tanpa berhenti.

“Sehingga ke satu peringkat, trak itu merempuh beberapa kereta lalu menolak sebahagian daripadanya ke dinding bangunan berhampiran.,” kata polis.

Akibatnya, kereta, sebuah rumah dan trak tersebut juga terbakar.

Polis berjaya menahan pemandu trak warganegara Turki berumur 50 tahun.

Siasatan mendapati lelaki itu tidak mempunyai kediaman tetap di Jerman.

“Pemandu yang ditahan di lokasi nahas dengan jelas dalam keadaan sangat mabuk,” kata polis. Agensi