Chelsea menewaskan kelab Brazil, Palmeiras 2-1 pada final Piala Dunia Kelab awal pagi tadi di Abu Dhabi. Foto Daily Mail.

ABU DHABI – Chelsea menewaskan kelab Brazil, Palmeiras 2-1 pada final Piala Dunia Kelab awal untuk melengkapkan koleksi trofi utama mereka selepas Kai Havertz meledak penalti pada tambahan masa.

Sebelum itu, Romelu Lukaku meletakkan juara Eropah itu di depan pada minit ke-54 tetapi Raphael Veiga menyamakan kedudukan hasil penalti buat juara Copa Libertadores itu selepas sejam perlawanan berlangsung.

Havertz yang muncul hero final Liga Juara-Juara ketika berdepan Manchester City, sekali lagi menjaringkan gol kemenangan Chelsea apabila dia menyempurnakan penalti pada minit ke-117 selepas diberikan penalti berikutan rakaman VAR.

Skuad Blues membalas kekalahan 1-0 kepada Corinthians pada final 2012 tetapi mereka hanya ada sedikit masa untuk meraikannya sebelum kembali ke London.

Mereka akan berdepan Lille dalam kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara selain final Piala Liga menentang Liverpool dan pusingan kelima Piala FA, bermain dalam empat kejohanan berbeza dalam tempoh 12 hari. – Daily Mail (https://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-10493139/Al-Hilal-vs-Chelsea-Club-World-Cup-2022-Live-Result.html)

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast