antivaxxers Khairy Jamaluddin's son inject air Covid-19 vaccine parents
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah mengarahkan pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan kompaun terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN).

Menerusi ciapan di Twitternya, beliau berkata, kompaun itu akan diberikan kepada Bendahari Agong BN, Datuk Seri Hishamuddin Hussien, Presiden MIC, Tan Sri A. Vigneswaran, Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dan beberapa pemimpin utama yang hadir serta kepada penganjur.

Kompaun tersebut adalah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“KKM akan terus pantau SOP sempena PRN Johor,” tulisnya.

Terdahulu, semua kepimpinan tertinggi BN hadir di majlis Pelancaran Briged MIC Johor di EduCity Kota Iskandar.

Khairy Jamaluddin menerusi ciapannya di Twitter terhadap pemimpin BN yang melanggar SOP di Johor hari ini.

Kompaun itu dikeluarkan setelah melihat video ramai yang berkumpul dalam satu kawasan yang dilihat sesak.

Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 telah meminda Akta 342 merupakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Mengikut rang undang-undang itu, individu yang melakukan kesalahan boleh dikompaun sehingga RM10,000 berbanding RM1,000 ketika ini.

Dalam pindaan tersebut turut mencadangkan pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ditetapkan boleh dikompaun sehingga maksimum RM1 juta. -MalaysiaGazette